Friday, February 24, 2017

Resep Agar-Agar Lapis Santan Gula Merah.. Enak dan Lembut :)


ResepBoendaNur - Pada kesempatan kali ini kita akan berkreasi tentang cara membuat agar-agar gula merah yang berlapis santan. Agar-agar merupakan salah satu jenis bahan makanan yang biasanya sudah dikemas dalam bentuk bubuk yang terbuat dari rumput laut. Agar-agar bubuk yang sudah diolah menjadi makanan yang sangat enak dan memiliki tekstur yang sangat kenyal dan memadat.

Bahan A

  •     25gm serbuk agar-agar
  •     1500ml air
  •     300gm gula merah / gula melaka
  •      50gm gula pasir
  •     1 helai daun pandan

Bahan B (Agar Santan)

  •      25gm serbuk agar-agar
  •     1500ml air
  •      250gm gula
  •     100gm serbuk santan (2 pkt 50gm)
  •     1 helai daun pandan
  •     Loyang 10″ (basahkan dahulu)

Cara-cara :

  •     Satukan bahan A dan masak hingga mendidih. Keluarkan daun pandan, Tapis, kacau biar suam sedikit.
  •     Satukan bahan B dan masak hingga mendidih. Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit.
  •     Tuang 350ml agar-agar santan ke dalam loyang dan biar hingga hampir beku.
  •     Kemudian tuang 350ml agar-agar gula merah dan tuang ke atas agar-agar santan tadi.
  •     Ulangi lapisan santan dan gula merah berselang seli hingga habis.
  •      Sentiasa panaskan agar-agar setiap kali hendak menuangkannya supaya lapisannya tidak terpisah. cakar sedikit permukaan agar-agar sekiranya telah beku sebelum menuangkan lapisan agar yang seterusnya.

Sumber:Abcinfp27.blogspot.com

No comments:

Post a Comment